Owner Followers
| Helping Others..Create Smile..
Pada 7 September 2013,kelas kami telah mengadakan aktiviti khidmat masyarakat di Rumah Anak Yatim Darussalam, Tambun. Aktiviti ini adalah salah satu kerja kursus kami bagi subjek Islamic Education. Ini adalah satu pengalaman yang baru bagi kami kerana dapat berinteraksi dengan anak yatim seramai 32 orang secara dekat.
Anak-anak yatim ini datang dari latar belakang yang berbeza. Pemilik rumah anak yatim ini yang dipanggil Umi telah membuka rumah anak yatim ini dengan bantuan anak-anaknya. Tapak rumah anak yatim ini merupakan bekas tapak kilang mencetak batik tetapi sudah tidak digunakan lagi. Tapak ini akhirnya telah diwakafkan oleh orang kampung berhampiran.
Untuk meningkatkan kerjasama di antara anak-anak yatim tersebut, kami telah menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan dibimbing oleh fasilitator. Anak-anak yatim ini yang berlainan umur telah bekerjasama dan diarahkan untuk mencipta satu logo dan moto yang melambangkan kumpulan mereka. Mereka kemudiannya membentangkan dan menerangkan tentang ciptaan mereka.
Jangan sangka adik-adik dekat Rumah Anak Yatim Darussalam tidak kreatif. Mereka mungkin lebih kreatif daripada kita. Program diteruskan dengan aktiviti sukaneka. Sukaneka yang kami jalankan berkonsep kemahiran berfikir. Ini dapat menerapkan dan meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan anak-anak yatim tersebut selain dapat memberi hiburan kepada mereka.
Pada penghujung majlis, kami telah menyampaikan hadiah dan saguhati kepada anak-anak yatim ini. Cenderahati dan juga sedikit sumbangan telah diserahkan kepada pemilik rumah Anak Yatim Darussalam, Tambun. Selepas tamat majlis penutup, kami telah mengemas dan membersihkan dewan. Disebabkan aktiviti kami tamat pada waktu tengahari, semua orang dah berasa lapar. Jadi kami telah mengagihkan makanan dan makan bersama-sama mereka.
Program yang kami jalankan ini dianggap berjaya kerana mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak. Aktiviti seperti in perlu dilakukan dengan lebih kerap oleh semua pihak kerana mempunyai banyak manfaat.
|